Cari Blog Ini

Kamis, 26 Agustus 2010

Doa Rosari


 
Tanda Salib
Demi nama Bapa dan Putera dan Roh Kudus. Amin
Bapa Kami
Bapa kami yang ada di syurga,
dimuliakanlah nama Mu,
datanglah kerajaan-Mu,
jadilah kehendak-Mu di atas bumi
seperti di dalam syurga.
Berilah kami rezeki pada hari ini.
dan ampunilah kesalahan kami,
seperti kami pun mengampuni
yang bersalah kepada kami,
dan janganlah masukkan kami
ke dalam percubaan,
tetapi bebaskanlah Kami
dari yang jahat.
Amin
Salam Maria
Salam Maria, penuh rahmat,
Tuhan serta-mu,
terpujilah engkau di antara wanita,
dan terpujilah buah tubuh-mu, Yesus.
Santa Maria, Bonda Allah,
doakanlah kami yang berdosa ini,
sekarang dan waktu kami mati.
Amin.
Kemuliaan
Kemuliaan kepada Bapa,
dan Putera, dan Roh Kudus,
Seperti pada permulaan,sekarang,
selalu, dan sepanjang segala abad.
Amin.
Aku Percaya
Aku percaya akan Allah,
Bapa yang Maha Kuasa,
Pencipta langit dan bumi.
Dan akan Yesus Kristus,
Putera yang tunggal, Tuhan kita,
yang dikandung dari Roh Kudus,
dilahirkan oleh Perawan Maria;
yang menderita sengsara
dalam perintahan Ponsious Pilatus
disablibkan, wafat dan dimakamkan;
yang turun ke tempat penantian,
pada hari ketiga bangkit
dari antara orang mati;
yang naik ke syurga,
duduk di sebelah kenan Allah Bapa
yang Maha Kuasa;
dari situ Ia akan datang
mengadili orang hidup dan mati.
Aku percaya akan Roh Kudus,
Geraja katolik yang Kudus,
persekutuan para kudus
pengampunan dosa
kebangkitan badan,
kehidupan kekal
Amin.
Salam, Ya Ratu
Salam, ya Ratu,
Bonda yang berbelas kasih,
hidup, hiburan dan harapan kami.
Kami semua memanjatkan  permohonan:
Kami amat susah, mengeluh, mengesah
dalam lembah duka ini.
Ya Ibonda, ya pelindung kami,
limpahkanlah kasih sayang -mu
yang besar kepada kami.
Dan Yesus Putera-mu yang terpuji itu,
semoga kau-tunjukkan kepada kami.
O Ratu, O Ibu, O Maria,
Bonda Kristus.
Amin.
 

1. Tanda Salib, Aku Percaya,........
2. Bapa kami yang ada di syurga, .........
3  Salam Maria,.....[tiga kali]
4. Kemuliaan kepada Bapa...
5. PERISTIWA ke-1 [lihat di bawa],
    Bapa kami yang ada di syurga, ......
6. Salam Maria, ....... [sepuluh kali]
7. Kemuliaan kepada Bapa...
8  PERISTIWA ke-2 [lihat de bawa]
    Bapa kami yand ada di syurga, .......
9. Salam Maria, ....... [sepuluh kali]
10. Kemuliaan kepada Bapa..     
      PERISTIWA ke-3 [lihat de bawa]
      Bapa kami yand ada di syurga, ......
      Salam Maria, ....... [sepuluh kali]
11  Kemuliaan kepada Bapa..     
      PERISTIWA ke-4 [lihat de bawa]
      Bapa kami yand ada di syurga, ......
      Salam Maria, ....... [sepuluh kali]
12. Kemuliaan kepada Bapa..     
      PERISTIWA ke-5 [lihat de bawa]
      Bapa kami yand ada di syurga, ......
      Salam Maria, ....... [sepuluh kali]
13  Kemuliaan kepada Bapa..,
      Salam , YA Ratu..
      Marilah berdoa.
 
PERISTIWA-peristiwa rosari[diguna pada Hari Isnin dan Khamis]
1. Maria menerima khabar gembira
    dari Malaikat. [Lukas 1:26-38]
2. Maria melawat Elisabet, saudarinya.
    [Lukas 1:39-45]
3. Yesus dilahirkan di Betlehem.
    [Lukas 2:1-7]
4. Yesus dipersembahkan di bait Allah.
    [Lukas 2:21-22]
5. Yesus dijumpa balik di bait Allah di
    Yerusalam. [Lukas 2:41-51]Peristiwa-peristiwa duka:[diguna pada Hari Selasa dan Jumaat]
1. Yesus merasa sengsara kematian di
    kebun getsemani. [Matius 26:36-44]
2. Yesus didera. [Matius 27:26]
3. Yesus dimahkotkan dengan duri.
   [Matius 27:27-30]
4. Yesus memikul salib ke gunung.
   Kalvari. [Matius 27:31-38]
5. Yesus mati di salib [Matius 27:50]
Peristiwa-peristiwa Mulia:[diguna pada Hari Minggu, Rabu dan Sabtu]
1. Yesus bangkit dari antara orang mati.
    [Lukas 24:1-9]
2. Yesus naik ke syurga.[Lukas 24:50-52]
3. Roh Kudus diturunkan ke atas para
    rasul. (Kesah Rasul 2:1-4]
4. Santa Maria diangkat ke syurga.
5. Santa Maria dimahkotkan di syurga.

MariLah berdoa:Ya Allah, Putra-Mu telah memperloh bagi
kami ganjaran kehidupan kekal melalui hidup,
wafat dan kebangkitan-Nya.
Kami mohon, agar dengan merenungkan
misteri Rosari Suci Santa Perawan maria,
kami dapat menghayati maknanya
dan memperoleh apa yang dijanjikan.
Demi kristus Tuhan kami.
Amin 

 
Penyerahan Kepada Bonda Maria
Santa Maria, Bonda Tuhan Yesus Kristus,
engkaulah Ratu dunia termulia,
Sudilah engkau menjadi ratu kami semua.
Tunjukkanlah kepada kami.
Jalan  menuju kusucian,
dan bimbinglah kami
supaya jangan tersesat.
Kuasailah budi kami,
supaya kami hanya mencari yang besar.
Kuasailah kehendak kami,
supaya kami hanya menginginkan yang baik.
Kuasailah hati kami. supaya kami saling
mengasihi sebagai saudara.
Kuasailah diri kami masing-masing.
dan segenap anggota keluarga;
kuasailah segenap warga masyarakat,
segala bangsa, dan segala pembesar dunia.
Sudilah engkau menjadi tali pengikat mereka
semua dalam persatuan yang teguh.
Kuasailah seluruh umat manusia.
Bukalah jalan iman bagi mereka
yang belum mengenai Putera-mu Yesus.
Bantulah agar segala bangsa bersatupadu,
hidup rukun dan damai.
Naungilah seluruh umat manusia,
lebih-lebih yang ditekan.
Tolanglah segala mereka
menpunyai kebasan dan damai.
Hantarlah semua permohonan kami ini
ke hadapan Putera-mu.
Sang Maha Raja kerajaan damai,
tempat setiap doa permohonan dikabulkan,
setiap beban hati diringankan,
dan segala kelemahan disembuhkan.
Semoga semua orang yang mengenal
kekuasaan-Nya dan menaruh harapan
pada Nya yang bersama Bapa
dan Roh Kudus hidup dan berkuasa
kini dan sepanjang masa.
Amin.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar